Jumaat, 8 November 2019 | 11:22pm
Penduduk Kampung Kukup Laut, Wei Chin Fei, 34, bersama anaknya menaiki motosikal roda tiga melintasi jalan yang dipenuhi bendera parti Pakatan Harapan bersama Barisan Nasional sempena PRK Parlimen Tanjung Piai. - Foto BERNAMA

'Selesaikan rasa tidak puas hati kaum'

PONTIAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berusaha menyelesaikan masalah semua kaum dan rasa tidak puas hati rakyat.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan memerlukan sokongan rakyat untuk meneruskan peranannya.

“Saya tahu masyarakat Tionghua tidak berapa puas hati. Saya cakap semalam pun orang Melayu pun rasa tidak puas hati, orang India pun tidak puas hati.

“Kalau bercakap tentang ini takkan ada orang yang akan rasa puas hati dengan apa keadaan sekalipun tetapi yang penting kita (kerajaan) hendak mencari jalan untuk menyelesaikan masalah (semua kaum),” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Cina, di Dewan Hai Kee, di sini.

Sehubungan itu Muhyiddin berkata, rakyat perlu membuat pilihan yang tepat dengan memilih wakil rakyat yang boleh membantu mereka.

Katanya, wakil rakyat dari pentadbiran yang sama di peringkat negeri dan Persekutuan dapat memudahkan lagi urusan.

Berita Harian X