Isnin, 24 Februari 2020 | 12:04pm
Anwar, Wan Azizah, Guan Eng dan Mohamad Sabu menunggu untuk mengadakan perbincangan dengan Dr Mahathir di rumahnya.
Anwar, Wan Azizah, Guan Eng dan Mohamad Sabu menunggu untuk mengadakan perbincangan dengan Dr Mahathir di rumahnya.

Pemimpin PH jumpa Dr Mahathir

SERI KEMBANGAN: Kepemimpinan utama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dikatakan mengadakan pertemuan tertutup dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, pagi ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu difahamkan tiba di kediaman Perdana Menteri di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Pertemuan tertutup itu dipercayai bagi membincangkan keadaan terkini politik negara, susulan spekulasi wujud gabungan baru Kerajaan Pusat.

Ketika ini, pekarangan kediaman Dr Mahathir dikawal rapi pasukan polis yang ditempatkan di semua pintu masuk, selain petugas media tidak dibenarkan masuk ke rumah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X