Isnin, 24 Februari 2020 | 12:53pm
PINTU masuk menuju ke kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan. - Foto Asyraf Hamzah
PINTU masuk menuju ke kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan. - Foto Asyraf Hamzah

Dr Wan Azizah, Anwar, Guan Eng beredar dari rumah Tun M

SERI KEMBANGAN: Pemimpin utama PKR dan DAP meninggalkan kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, sebentar tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai meninggalkan kediaman Perdana Menteri, pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat meninggalkan kediaman Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Guan Eng dipercayai menuju ke ibu pejabat DAP di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X