Isnin, 24 Februari 2020 | 4:17pm
Takiyuddin berbual-bual dengan wartawan di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto NSTP
Takiyuddin berbual-bual dengan wartawan di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto NSTP

Ahli Parlimen UMNO, PAS ke Istana Negara petang ini

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS akan ke Istana Negara pada jam 5 petang ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Bharu mendakwa, pihaknya sudah memiliki jumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Ya kita ada jumlah yang cukup, iaitu 129 (ahli Parlimen). Petang ini kami akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara," katanya.

Ditanya sama ada semua Ahli Parlimen BN dan PAS akan menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Takiyuddin sekadar menjawab “ya”.

SERAMAI 130 ahli parlimen dititahkan ke Istana Negara esok.- foto BERNAMA
SERAMAI 130 ahli parlimen dititahkan ke Istana Negara esok.- foto BERNAMA

Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri jam 1:00 tengah hari tadi.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pula mengumumkan keluar daripada Pakatan Rakyat, manakala 11 Ahli Parlimen PKR diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali keluar parti untuk membentuk blok bebas.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X