X
Selasa, 29 Ogos 2017 | 6:54pm
Kakitangan ANIH Berhad mengagihkan bendera kebangsaan kepada pengguna LPT di Plaza Tol Gombak - Gambar ihsan ANIH Berhad

ANIH agih Jalur Gemilang di Tol Gombak

KUALA LUMPUR: Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad mengagihkan Jalur Gemilang untuk dipasang pada kenderaan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Pengagihan di Plaza Tol Gombak, dekat sini hari ini adalah antara usaha dan langkah untuk menanam semangat  patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya pengguna lebuh raya berkenaan. 

Kakitangan ANIH Berhad mengagihkan bendera kebangsaan kepada pengguna LPT di Plaza Tol Gombak - Gambar ihsan ANIH Berhad
Kakitangan ANIH Berhad mengagihkan bendera kebangsaan kepada pengguna LPT di Plaza Tol Gombak - Gambar ihsan ANIH Berhad

"Kami berharap dengan agihan bendera ini, pengguna jalan raya akan mengirbarkan Jalur Gemilang pada kenderaan mereka untuk menunjukkan rasa cinta kepada Malaysia," kata ANIH Berhad dalam satu kenyataan, hari ini.

Kibaran Jalur Gemilang di lebuh raya diharap mampu mendidik jiwa masyarakat seterusnya menarik minat lebih ramai rakyat mengambil langkah sama sesuai dengan tema Hari Kebangsaan 2017, 'Negaraku Sehati Sejiwa'.

Kakitangan ANIH Berhad mengagihkan bendera kebangsaan kepada pengguna LPT di Plaza Tol Gombak - Gambar ihsan ANIH Berhad
Kakitangan ANIH Berhad mengagihkan bendera kebangsaan kepada pengguna LPT di Plaza Tol Gombak - Gambar ihsan ANIH Berhad

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X