Selasa, 24 Oktober 2017 | 3:10pm
BAZLAN Abdul Rahman (tiga kiri) dan Pengarah Maritim Daerah Kuala Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli (dua kiri) membantu menyusun barang keperluan di jeti APMM, Pulau Kambing sempena program misi penghantaran barang-barang keperluan menghadapi banjir di Pulau Redang hari ini. - Foto Ghazali Kori

Bekalan makanan dihantar ke Pulau Redang, Perhentian

PULAU REDANG: Kerajaan negeri menghantar dua tan bekalan makanan bernilai RM11,000 sebagai persiapan menghadapi bencana banjir kepada penduduk di Pulau Redang, di sini, hari ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, Bazlan Abd Rahman, berkata bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak, sardin, tepung gandum dan gula dihantar untuk 232 ketua isi rumah.

Katanya, bekalan yang dihantar itu cukup untuk menampung keperluan penduduk selama seminggu.

"Bekalan makanan sebanyak 2.9 tan bernilai kira-kira RM13,000 juga dihantar kepada penduduk di Pulau Perhentian. Ia dihantar lebih awal berikutan keadaan cuaca tidak menentu termasuk laut bergelora," katanya.

Bazlan Abdul Rahman (empat kanan) dan Pengarah Maritim Daerah Kuala Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli (lima kanan) sempena program misi penghantaran barang-barang keperluan menghadapi banjir di Pulau Redang hari ini. - Foto Ghazali Kori

Ketika ditemui di balai raya Pulau Redang, di sini, Bazlan yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Rakit, berkata kerajaan negeri menyediakan RM2.5 juta tahun ini untuk bekalan makanan ketika banjir.

"Selain peruntukan kerajaan negeri, kerajaan Pusat turut memperuntukkan RM265,000 untuk menyediakan bekalan makanan kepada mangsa bencana.

"Semua bekalan diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah dihantar ke 16 depoh mini sebelum dihantar 135 pangkalan hadapan di seluruh negeri ini.

"Tahun ini, kerajaan negeri mengenal pasti sebanyak 531 pusat pemindahan yang boleh memuat kira-kira 131,920 mangsa," katanya.

Berita Harian X