Selasa, 7 November 2017 | 3:20pm

Gangguan bekalan air daerah Pekan - PAIP

PEKAN: Seramai 7,250 pemilik akaun di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air bersih selama enam jam, bermula esok dan Khamis.

Gangguan bekalan itu disebabkan kerja pemeriksaan panel 11Kv di Rumah Pam Peramu di Loji Rawatan Air Ganchong, Pekan.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, gangguan bekalan air bersih dijangka bermula jam 9 malam hingga jam 3 pagi.

Katanya, kawasan terbabit adalah di Taman LKNP, Taman Peramu Jaya 1, Taman Rendang Ixora, Taman Peramu Makmur, Taman Rendang, Taman Rendang Azalea dan Taman Sri Maulana.

"Selain itu, gangguan bekalan air juga akan berlaku di Kampung Kelat Rendang, Kampung Permatang Pasir, Kampung Pulau Jawa, Kampung Pulau Tambun, Kolej Komuniti, SK Maulana, SMK Peramu Jaya, kilang HICOM, kilang Mercedes, Universiti Automotif Malaysia DRB HICOM.

"Taman Mentiga, Taman Perdana, Peramu Jaya 1 & 3, Tanah Putih, Kampung Bentan, SMK Dato' Mahmud Mat, MRSM, SMK Integrasi, SK Tanah Putih, Kampung Tanah Putih, Kampung Serandu, seluruh Kampung Kuala Pahang, Kampung Beruas, Kampung Siong, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan kawasan sekitarnya," katanya, di sini, hari ini.

Nurul Farhana berkata, pihaknya menasihati pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya untuk persediaan sepanjang tempoh gangguan bekalan .

"Pengguna yang ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di 09-573 9999," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X