Selasa, 14 November 2017 | 3:42pm
ANGGOTA PPM Wilayah 5 merampas sejumlah balak dan jentera berat di kem pembalakan haram di Debak, Betong hari ini.

PPM bergabung dengan SFC serbu kem balak haram

BETONG: Operasi bersama Pasukan Polis Marin (PPM) dengan Sarawak Forestry Corporation (SFC) membuahkan hasil apabila sejumlah balak haram ditemui dalam serbuan di kem pembalakan haram di Kampung Dit, Debak, di sini, hari ini.

Dalam serbuan pada jam 9.05 pagi itu, sebanyak 39 batang balak pelbagai jenis dan saiz dirampas.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, seorang pekerja kem pembalakan haram itu turut ditahan.

"Pasukan serbuan turut merampas dua jentera berat dan sebuah gergaji mesin.

"Nilai rampasan itu termasuk balak dan jentera dianggarkan bernilai RM 465,250," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Salehuddin berkata, laporan polis berhubung rampasan itu dibuat di Balai Polis Debak dan kes itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan lanjut mengikut Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

Berita Harian X