Khamis, 30 November 2017 | 12:38am
Penerima Anugerah Kategori Foto, Mohd Syafiq Ridzuan Ambak (kiri) bersama Anugerah Kategori Online, Baharom Bakar (dua kiri), Anugerah Kategori Foto, Rozainah Zakaria (dua kanan) dan Anugerah Kategori Berita dan Rencana, Rosli Zakaria (kanan) menunjukkan sijil penghargaan dan trofil pada majlis Anugerah Media Kreatif TTB 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

NSTP rangkul dua anugerah utama

KUALA TERENGGANU: Akhbar kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) mengungguli empat anugerah termasuk dua anugerah utama, sempena Anugerah Media Kreatif Tranformasi Terengganu Baharu malam tadi.

Wartawan BH, Baharom Che Bakar mendapat tempat pertama dalam kategori Berita Online terbaik.

Ketua Biro New Straits Times (NST), Rosli Zakaria mengungguli kategori Berita dan Rencana Terbaik.

Selain itu, dua jurufoto NSTP, Mohd Syafiq Ridzuan Ambak dan Rozainah Zakaria masing-masing mendapat tempat ketiga dan keempat bagi kategori Foto Terbaik.

Baharom dan Rosli membawa pulang wang tunai sebanyak RM700 setiap seorang bersama-sama piala dan sijil.


Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong (tengah) bersama penerima anugerah menunjukkan sijil penghargaan dan trofil pada majlis Anugerah Media Kreatif TTB 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas Tugas Khas, Ghazali Taib.

Majlis perasmian dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan negeri, Datuk Mohd Zuber Embong.

Berita Harian X