Khamis, 11 Januari 2018 | 6:50pm
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud (kiri) memantau perkembangan keadaan banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pekan. - Foto Mohd Rafi Mamat

Hanya daerah Pekan masih banjir

KUANTAN: Hanya daerah Pekan sahaja mempunyai mangsa banjir di Pahang dengan seramai 254 orang daripada 67 keluarga masih ditempatkan di lima Pusat Pindahan Sementara (PPS), setakat jam 6 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, lima PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Temai yang menempatkan 93 orang, Pusat Pemindahan Pulau Manis (75 orang), Dewan Serbaguna Tanjung Pulai (39 orang), SK Acheh (9 orang) dan Pusat Pemindahan Kampung Lamir (38 orang).

"Sebelum ini kesemua pusat pemindahan di Raub sudah ditutup dan keluarga terakhir yang pulang ialah dari PPS di Masjid Jamek Kuala Semantan jam 8.30 pagi tadi.

"Pagi tadi seramai 30 mangsa daripada sembilan keluarga berada di PPS berkenaan dan semuanya dibenarkan pulang selepas air banjir surut di kawasan rumah mereka," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya dan agensi berkaitan bagaimanapun terus berada dalam keadaan bersiap sedia jika keadaan cuaca berubah menjadi buruk dalam tempoh terdekat.

Berita Harian X