Jumaat, 26 Januari 2018 | 3:18pm
PENGURUS Besar Restoran McDonald's Riverfront Kuantan, Abdul Razak Kamaruddin (duduk tiga dari kanan) dan kakitangannya bergambar bersama penghuni pada Program Komuniti McDonalds di Pusat Penjagaan Orang Tua Grannies, Kuantan, hari ini. - Foto Nurul Nadira Shaari

McDonald's Malaysia rai warga emas

KUANTAN: Restoran makanan segera, McDonald's Malaysia menyertai Program Komuniti McDonalds di Pusat Penjagaan Orang Tua Grannies, dekat sini, hari ini.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bertujuan untuk meraikan warga emas bersempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Pengurus Besar Restoran McDonald's Riverfront Kuantan, Abdul Razak Kamaruddin, berkata kira-kira 30 kakitangan restoran itu meluangkan masa melakukan pelbagai acara bersama-sama penghuni pusat jagaan terbabit.

"Kita membersihkan sekitar rumah ini dan pada masa sama turut memberikan sumbangan keperluan asas kepada mereka.

"Selain itu, kakitangan restoran turut mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk penghuni," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Pusat Penjagaan Orang Tua Grannies, Robert Muthu.

Berita Harian X