Rabu, 7 Februari 2018 | 10:04am
Pasukan Bomba membantu memindahkan penduduk Entalun Skrang yang terjejas banjir ke pusat pemindahan Dewan Johnical Rayong, Betong. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Banjir: Mangsa dipindahkan, sekolah ditutup meningkat

KUCHING: Bilangan mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak terus meningkat kepada 4,887 orang, pagi ini.

Mangsa daripada 1,419 keluarga terjejas yang ditempatkan di PPS di Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, hingga jam 8 pagi ini, sebanyak 31 PPS diaktifkan di seluruh negeri.

Jalanraya yang dilimpahi air mulai surut dan boleh dilalui oleh kenderaan di Jalan Dabai - Lubok Nibong, Marudi. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Sembilan PPS di Kota Samarahan ialah Dewan Pembangunan Sebuyau yang menempatkan 22 mangsa, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin (578), Masjid Kampung Seruyuk (337) dan Dewan Suarah Kota Samarahan (47).

Seterusnya, Pusat Sumber Parti Pesaka Bumiputera Sadong Jaya (200), SK Mang (115), SK Haji Kelali Semera (201), Kompleks Sukan Asajaya (275) dan Dewan Mesra Simunjan (82).

Di Serian, PPS yang aktif ialah Dewan Betong Kenawit (16), Dewan Lintang Baru Panchor (210), SK Samarahan Estate (177), Surau Hadhari Kampung Rimba Padi (93) dan Gereja St Peter Kampung Soh (86).

Pasukan Bomba membantu memindahkan murid-murid ekoran banjir dari asrama Sekolah Sungai Setiam di Bintulu. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Selain itu, Dewan Kampung Selabi Entuluh (26), Dewan Masyarakat Serian (387), SK Tanah Puteh (252), Dewan SALCRA Kedup 2 (132), Dewan Bale Buk Jan Jun (62) dan Dewan Sorak Melayu (123).

Di Mukah pula, SK Parish Balingian (186), Dewan Suarah Mesra Mukah (tiga) dan Dewan Masyarakat Kampung Kuala Balingian (82).

Di Bintulu, dua PPS dibuka ialah Dewan Suarah Bintulu (318) dan Dewan Sukan Tatau (186), begitu juga di Sibu, iaitu Dewan SK Bukit Aup (240) dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tong Ah (148).

PPS dibuka di Limbang ialah Dewan Masyarakat Medamit (115), Dewan Masyarakat Trusan (22) dan SK Menuang (134), manakala hanya satu PPS aktif di Sri Aman, iaitu Dewan Johnical Rayong (32).

Pasukan Bomba membantu memindahkan murid-murid ekoran banjir dari asrama Sekolah Sungai Setiam di Bintulu. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Sementara itu, jumlah sekolah tidak dapat beroperasi hari ini meningkat kepada 43 berbanding 23 semalam.

Berikutan itu, seramai 5,380 pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran hari ini.

Berita Harian X