Rabu, 4 April 2018 | 11:30pm

Gempa bumi lemah landa Ranau

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter melanda Ranau, jam 10.12 malam tadi.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud, dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 5 kilometer (km) dan terdapat gegaran.

"Gegaran itu dirasai di sekitar Ranau, Kundasang dan Kota Kinabalu, namun tiada ancaman tsunami dilaporkan," katanya.

Sebelum ini, pada 8 Mac lalu, satu gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter dengan kedalaman 5 km dilaporkan berlaku di Ranau.

Sebelum ini, gempa bumi paling kuat di Sabah berukuran 5.9 pada skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015 serta beberapa gempa susulan selepas itu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X