Sabtu, 26 Mei 2018 | 8:35pm
DR Tengku Muhammad Fa-iz Petra, menyampaikan sumbangan duit raya kepada 49 anak yatim dari Rumah Kebajikan Darul Aitam, Panji, di Majlis Ifthar Jamaie dan Solat Tarawih di Dewan Besar, Kompleks Balai Islam Lundang. - Foto Faris Zainuldin

Pemangku Raja Kelantan hadir majlis iftar

KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menghadiri Majlis Iftar Jamaie dan solat tarawih di Kompleks Balai Islam, di sini, malam ini.

Majlis itu diadakan bersama ulama, guru pondok, kakitangan masjid, anak yatim dan pelajar tahfiz Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pada majlis itu, baginda yang juga Yang Dipertua MAIK menyampaikan sumbangan duit raya kepada 49 anak yatim dari Rumah Kebajikan Darul Aitam, Panji, di sini.

Setiap anak yatim menerima sumbangan bantuan hari raya berjumlah RM300 seorang.

Turut hadir, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Berita Harian X