Isnin, 4 Jun 2018 | 1:16pm
PENGETUA Rumah Putera dan Puteri Harapan Taman Sabariah, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan, Mohd Faisal Abdullah menerima sumbangan daripada Harian Metro (HM) dan penaja menerusi program #HMKotakRezeki di Taman Sabariah, Pengkalan Chepa. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
PENGETUA Rumah Putera dan Puteri Harapan Taman Sabariah, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan, Mohd Faisal Abdullah menerima sumbangan daripada Harian Metro (HM) dan penaja menerusi program #HMKotakRezeki di Taman Sabariah, Pengkalan Chepa. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Bantuan untuk Ramadan dan Aidilfitri

KOTA BHARU: "Alhamdulillah sumbangan ini dapat menampung keperluan makanan penghuni di rumah ini sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti," kata Pengetua Rumah Putera dan Puteri Harapan Taman Sabariah, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan, Mohd Faisal Abdullah.

Pertubuhan kebajikan itu menerima sumbangan daripada Harian Metro (HM) dan penaja menerusi program #HMKotakRezeki, hari ini.

Menurutnya, lebih RM30,000 sebulan diperlukan untuk menguruskan keperluan makanan dan minuman 178 penghuni rumah berkenaan.

Berikutan itu, katanya, sangat menghargai sumbangan pihak yang prihatin dalam meringankan beban pengurusan rumah itu yang dihuni yatim piatu, anak yatim dan miskin tegar.

Mohd Faisal berkata, rumah itu beroperasi sejak 23 tahun lalu dikhususkan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.

"Kami bersyukur dengan sumbangan kotak rezeki ini kerana ia dapat memberi keceriaan dan sinar harapan kepada penghuni di sini.

"Ini adalah tahun kedua kami terima yang menunjukkan keprihatinan HM membantu golongan memerlukan," katanya ketika ditemui.

#HMKotakRezeki 2018 mendapat kerjasama Affin Bank Group, Affin Islamic Bank, Pos Laju, Watsons, Nabati Group, Massimo, Qnet (Malaysia) Sdn Bhd dan Kimball.

Berita Harian X