Jumaat, 15 Jun 2018 | 1:09pm
RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid beramah mesra dengan orang ramai pada majlis istana terbuka di Istana Arau, hari ini. - Foto BERNAMA

Lebih 5,000 pengunjung serbu istana terbuka Raja Perlis

ARAU: lebih 5,000 rakyat Perlis termasuk dari Kedah memeriahkan majlis istana terbuka Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Istana Arau, di sini.

Baginda yang diiringi oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, turut beramah mesra bersama pelbagai lapisan pengunjung.

Selain menikmati pelbagai juadah termasuk makanan tradisional, orang ramai yang mengunjungi majlis berkenaan turut mengambil peluang bagi mengenali keluarga diraja Perlis dengan lebih dekat .

Orang ramai yang hadir juga tidak melepaskan peluang bergambar kenang-kenangan di sekitar Istana Arau sempena majlis berkenaan yang diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) antara tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

Baginda sebelum itu bersama Raja Muda Perlis berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Arau.

33 dibaca
Berita Harian X