Rabu, 18 Julai 2018 | 12:49pm
DATUK Abdul Karim Rahman Hamzah (kiri) mengusulkan agar DUN membawa isu kelayakan Dr Tiong Choon dibawa ke Mahkamah Persekutuan pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Persidangan D Bagi Penggal Ke-18 di Petra Jaya Kuching. - Foto Jannah Kho

Bawa isu kewarganegaraan ADUN Pujut ke Mahkamah Persekutuan

Sidang DUN Sarawak

[email protected]

PETRA JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu membawa isu kelayakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon daripada Pakatan Harapan (PH) ke Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan, 13 Julai lalu, menolak kes berkenaan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (GPS-Asajaya), pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini, mengusulkan agar DUN membawa isu kelayakan wakil rakyat pembangkang itu ke Mahkamah Persekutuan.

Usul berkenaan kemudian disokong Abdullah Saidol (GPA-Semop) yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Perhubungan Korporat).

Abdullah berkata, DUN Sarawak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan masing-masing pada 17 Jun 2017 dan 13 Julai 2018, namun perkara mengenai kelayakan ADUN Pujut, membabitkan isu besar perlembagaan.

"Isu berkenaan membabitkan keistimewaan DUN Sarawak menentukan siapa yang berhak menjadi anggotanya, yang mana doktrin pengasingan kuasa dalam sistem demokrasi berparlimen diguna pakai di Malaysia.

"Isu kepentingan perlembagaan itu perlu dibawa ke peringkat lebih tinggi, Mahkamah Persekutuan, sebagai pihak berkuasa dalam menyelesaikan, selain memberi panduan jika perkara seperti itu berulang," katanya di sini.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, pada 13 Julai lalu, menolak permohonan DUN Sarawak; Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang, Datuk Seri Wong Soon Koh, Koh, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengembalikan hak Dr Tiong Choon sebagai ADUN Pujut.

Abang Iskandar yang bersidang bersama Harmindar Singh Dhaliwal menolak rayuan oleh tiga pihak terbabit, manakala seorang lagi panel, Datuk Mary Lim Thiam Suan pula memutuskan untuk membenarkannya.

Abang Iskandar dan Harmindar sependapat bahawa perayu tidak mempunyai bidang kuasa untuk melucutkan status Dr Ting sebagai wakil rakyat berikutan memiliki warganegara Australia yang sudah dilepaskannya sebelum dipilih menjadi ADUN pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) 2016.

Berita Harian X