Jumaat, 17 Ogos 2018 | 3:46pm
GAMBR hiasan.
GAMBR hiasan.

Gangguan bekalan elektrik di 33 kawasan Ahad ini

KUANTAN: Sebanyak 33 kawasan di sini, khususnya di Tanjung Lumpur akan mengalami gangguan bekalan elektrik, Ahad ini.

Gangguan bekalan itu dijangka berlaku selama lapan jam bermula jam 8 pagi berikutan kerja penyelenggaraan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Peramu Putra, Tanjung Lumpur, di sini.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang, Datuk Sharuddin Mohd Simin, berkata kawasan terbabit ialah Kuarters Guru Tanjung Lumpur, Taman Aneka Jaya 34 dan 35, persimpangan Kempadang, kawasan Purnama Bersatu, Bengkel Desa Soi, Kempadang Residence dan Jalan Alur Kangkung.

Katanya, gangguan bekalan juga akan membabitkan kawasan perumahan di Kempadang Maju, Kempadang Pantai, Kempadang Sejahtera, Taman Aneka Jaya 51, Taman Mesra, Kampung Pak Mat 1 dan 2, Kuantan PPD Soi dan Kempadang Putra.

“Selain itu, Taman Turquose Ujana, Taman Adenland 1 dan 2, Kempadang Damai, Greenlast Village, Kampung Deraka, Village D’Marina, seluruh Bandar Putra, Kempadang Makmur 1, 2 dan 3.

“Kawasan lain yang turut terjejas ialah Kempadang Perdana 1 dan 2, Taman Berjaya Permai, Kuantan Putri, Persis Ujana, The Trend, Sekolah Menengah Sungai Soi, PAKR Kempadang, Taman Aneka Jaya 34 dan Bengkel LKPP Soi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Maklumat lanjut, hubungi Pusat Pengurusan Bekalan Kuantan di talian 09-5155657 atau TNB Careline 15454.

Berita Harian X