Selasa, 4 September 2018 | 11:31am
KEADAAN sebuah reban yang mengandungi 3,500 ekor ayan yang diternak penduduk roboh dalam kejadian ribut yang berlaku di Kampung Jerangau Sungai, petang tadi. - Foto Rosli Ilham

Lebih 500 rumah musnah dibadai ribut

KUALA TERENGGANU: Ribut lima minit yang melanda beberapa daerah di Terengganu menyebabkan hampir 600 buah rumah mengalami kerosakan teruk.

Ribut berserta hujan lebat kira-kira jam 4.30 petang semalam turut menumbangkan pokok selain menyebabkan kerosakan beberapa buah kenderaan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Che Adam Abd Rahman berkata, Kuala Nerus paling teruk terjejas dengan lebih 500 buah rumah, termasuk bumbung beberapa buah sekolah, mengalami kerosakan yang sebahagian besarnya membabitkan bahagian atap.

Di Kuala Nerus, APM menerima 30 laporan kejadian pokok tumbang akibat ribut dan angin kencang petang semalam.

Semalam difahamkan ribut dan angin kencang turut melanda daerah Kemaman, Marang, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.

Che Adam berkata, pegawai APM telah bergegas membuat tinjauan sebelum bertindak melakukan operasi pembersihan kawasan bagi memudahkan pergerakan awam yang terganggu akibat pokok tumbang.

Antara lokasi yang terbabit di daerah Kuala Terengganu adalah Kampung Pulau musang, Kampung Paloh, Sungai kiat, Kampung Baru Tetambah, Kampung Merbau Patah, Kampung Pulau Rusa, Kampung Banggol Tuan Muda, Kampung Pasir Panjang, Bukit Bayas, Kampung Kubang Jela, Kampung Kebor Air, Bukit Besar, Jalan Pusara, Lorong Taman Jaya, Kampung Banggol Peradong, Kampung Telari, Banggol Tok Esah, Taman Manir Indah, Kampung Kubang Parit, Taman Nuri, Durian Burung dan Kuala Bekah, sementara di Kuala Nerus pula di Kampung Bukit Tunggal.

Che Adam berkata, kerja pembersihan kawasan turut dibantu Flying Skuad Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, penduduk kampung dan petugas TNB.

"Pihak kami menamatkan operasi pembersihan pada jam 2 pagi dan pagi ini kerja pembersihan disambung semula pada jam 9 pagi bermula di Kampung Sungai Kiat," katanya pagi ini.

Berita Harian X