Ahad, 9 September 2018 | 2:03pm
SULTAN Ibrahim Iskandar, mencemar duli melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh. - Hoto Ihsan Royal Press Office

Sultan Johor lawat mangsa banjir

BATU PAHAT: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mencemar duli melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh, di sini hari ini

Menurut kenyataan dipetik daripada laman Facebook milik baginda, hujan lebat sejak pagi tadi langsung tidak mematahkan semangat Sultan Ibrahim meluangkan masa hampir 30 minit bertanyakan khabar serta meninjau persekitaran PPS itu.

“Mereka yang berada di pusat pemindahan sementara itu bagaikan tidak percaya melihat keberangkatan Baginda dan turut tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Tuanku Sultan Ibrahim.

“Tuanku Sultan Ibrahim turut berkenan melawat tempat penyediaan makanan di pusat pemindahan itu dan Baginda juga bertanyakan menu makanan yang disediakan kepada mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pusat pemindahan itu dibuka kelmarin selepas dua kawasan penempatan iaitu Kampung Sungai Suloh dan Kampung Sungai Ayam di daerah Batu Pahat dilanda banjir kilat.

“Pada masa sekarang seramai 106 mangsa banjir membabitkan 43 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan itu,” katanya.

17 dibaca
Berita Harian X