Isnin, 24 September 2018 | 3:58pm
ABDUL Razak Kamaruddin (kiri) bersama kakitangan McDonald's membasuh kereta sempena program basuhan kereta amal untuk mencari dana bagi disalurkan kepada badan Ronalds McDonalds House Charity (RMHC) di Jalan Beserah di sini. - Foto Shahrinnahar Latib

McDonald's Kuantan anjur basuh kereta amal

KUANTAN: McDonald’s Kuantan Mini Market menganjurkan program basuh kereta amal untuk mencari dana bagi disalurkan kepada Rumah Kebajikan Ronalds McDonald (RMHC).

Dana berkenaan akan digunakan untuk membina sebuah lagi RMHC di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Pengurus Besar Restoran McDonald’s Riverfront Kuantan, Abdul Razak Kamaruddin, berkata rumah itu disediakan kepada golongan tidak berkemampuan untuk menyewa penginapan jika ahli keluarga mereka menjalani rawatan di hospital berkenaan.

“Kita sasarkan sebanyak 60 kereta akan dibasuh sempena program amal ini yang diadakan selama dua hari berakhir esok, bermula jam 10 pagi hingga jam 6 petang.

“Kita kenakan bayaran sebanyak RM15 untuk sebuah kereta dan daripada jumlah itu, RM5 akan dimasukkan dalam dana RMHC,” katanya ketika ditemui pada program itu di Members Carwash, Jalan Beserah, di sini, hari ini.

Beliau berharap orang ramai datang beramai-ramai untuk membasuh kereta sambil menyumbang kepada pembinaan rumah kebajikan itu.

11 dibaca
Berita Harian X