X
Sabtu, 27 Oktober 2018 | 10:34pm
RIBUT dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Kepala Batas, petang tadi. - Ihsan pembaca

Bumbung 17 rumah 'terbang' akibat ribut

KEPALA BATAS: Sebanyak 17 rumah rosak akibat ribut dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di daerah ini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, bumbung lapan rumah di Jalan Satu, tiga rumah di Jalan Dua dan enam di Taman Seri Serdang, di sini, diterbangkan angin.

Difahamkan, bumbung sekolah dan kedai sekitar Kepala Batas turut tercabut akibat ribut itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata polis menerima laporan daripada pihak Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bertam berhubung kejadian itu.

“Lawatan awal sudah dijalankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Khaliq Mehtab Mohd Ishak, kira-kira jam 5.30 petang tadi.

“Lawatan itu disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Serdang,” katanya.

Beliau berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih disiasat.

Berita Harian X