Rabu, 31 Oktober 2018 | 7:00pm
SETIAUSAHA Kerajaan Negeri Sembilan, Dr Razali Ab Malik (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan pelbagai insentif lebih RM300,000 kepada golongan asnaf sempena program Komuniti McDonald's dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonalds Malaysia di McDonald Seremban 2. NSTP/ADZLAN SIDEK

Aminuddin semakin pulih

SEREMBAN: Menteri Besar, Aminuddin Harun yang menjalani pembedahan jantung di Hospital Serdang Jumaat lalu, semakin pulih, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dr Razali Ab Malik.

Beliau berkata, Aminuddin yang juga Pengerusi PKR negeri, sudah dipindahkan dari Unit Rawatan Intensif Pembedahan Jantung (CICU) ke wad biasa, semalam.

“Saya melawat beliau semalam dan melihatnya amat bersemangat. Beliau dapat bangun dan duduk sendiri, malah sudah mula berjalan dengan perlahan.

“Beliau akan berehat di hospital buat masa ini dan doktor menasihatkannya supaya tidak menerima ramai pelawat,” katanya ketika ditemui pada Program Komuniti McDonald’s dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) di McDonald’s Seremban 2 di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Aminuddin akan bercuti selama dua minggu sebelum kembali bertugas selepas menjalani pembedahan itu.

Berita Harian X