Isnin, 12 November 2018 | 1:42pm

Penerbangan ihsan bomba bawa bayi sakit jantung ke IJN

KOTA BHARU: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang mengalami masalah jantung diterbangkan menerusi penerbangan ihsan hari ini ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur bagi menjalani pembedahan jantung segera.

Penerbangan ihsan dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) itu membawa Aisha Hana Humaira Mohd Fattah ke Institut Jantung Negara ( IJN) Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan jantung segera pada jam 11.10 pagi.

Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood, pihaknya menerima permohonan daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk membawa seorang bayi mengalami masalah jantung.

Katanya, bayi yang berada dalam keadaan separa sedar memerlukan rawatan segera di IJN.

“Susulan itu penerbangan yang berlepas dari pangkalan udara di Bertam, Pulau Pinang, menggunakan helikopter Agusta AW139 membabitkan tiga kru mengambil masa kira-kira sejam sebelum tiba di LTSIP jam 10 pagi.


SEORANG bayi perempuan, Aisha Hana Humaira Mohd Fattah, berusia tiga bulan yang mengalami masalah jantung dibawa oleh pegawai perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pembedahan jantung segera di Institut Jantung Negara ( IJN) Kuala Lumpur dengan penerbangan ihsan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

“Sebaik tiba, bayi terbabit bersama ibunya, doktor, jururawat dan penolong pegawai perubatan HRPZ II terus diterbangkan ke Kuala Lumpur pada jam 11.10 pagi.

“Sepanjang penerbangan, bayi ini perlu menggunakan mesin bantuan pernafasan dan bantuan oksigen serta pemantauan rapi dari doktor,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, perjalanan mengambil masa kira-kira sejam setengah sebelum mendarat di Padang Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, ibu bayi Farhana Khalid, 31 berkata, anak sulungnya itu dimasukkan ke HRPZ II selama 25 hari selepas secara tiba-tiba mengalami sesak nafas.

“Pemeriksaan lanjut mengesahkan anak saya mengalami masalah jantung dan perlu rawatan lanjut di IJN. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk JBPM dan HRPZ II yang banyak membantu,” katanya.

887 dibaca
SEORANG bayi perempuan, Aisha Hana Humaira Mohd Fattah, berusia tiga bulan yang mengalami masalah jantung dibawa oleh pegawai perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pembedahan jantung segera di Institut Jantung Negara ( IJN) Kuala Lumpur dengan penerbangan ihsan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
SEORANG bayi perempuan, Aisha Hana Humaira Mohd Fattah, berusia tiga bulan yang mengalami masalah jantung dibawa oleh pegawai perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pembedahan jantung segera di Institut Jantung Negara ( IJN) Kuala Lumpur dengan penerbangan ihsan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Berita Harian X