Jumaat, 7 Disember 2018 | 10:05pm
PENGERUSI Jawatankuasa Perhubungan MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun mendahului senarai penerima darjah kebesaran Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, esok. - NSTP/Halim Mat Ali
PENGERUSI Jawatankuasa Perhubungan MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun mendahului senarai penerima darjah kebesaran Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, esok. - NSTP/Halim Mat Ali

178 terima darjah kebesaran serta pingat Pahang

KUANTAN: Seramai 178 individu menerima darjah kebesaran Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, esok.

Mendahului senarai ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun yang menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, bersama 12 individu lain.

Penerima SSAP lain ialah Timbalan Pengerusi Sri Inderajaya Holdings Sdn Bhd, Datuk Roushan Arumugam; Pengerusi ABM Fujiya Berhad, Datuk Tay Ah Ching @ Tay Chin Kin; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Norazman Ayob; Pengarah Urusan Kumpulan 1st Mais Group Of Companies, Datuk Lee Pei Nam; dan Pengarah One One Eight Nine Enterprise Sdn Bhd, Datuk Lim Eng Wah.

Turut menerima SSAP adalah, Pengarah Kian Son Motor Sdn Bhd, Datuk Tan Ah Chong; Pengarah Urusan CY Intertrade Sdn Bhd, Ho Leng Wei; Ketua Pegawai Eksekutif Q’Son Group, Dr Chua Chwee Lee; Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Berli Jucker Public Company Limited, Aswin Techajareonvikul; Pengarah Urusan Majestic Elite Group Of Advisory Sdn Bhd, Yap Kim Fah; dan Pengarah Syarikat Sunrise Sdn Bhd, Pua Soo Siang.

Lima individu lain pula diperkenan menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) membawa gelaran Datuk, iaitu Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohammad Hamdan Wahid; Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Datuk Mohd Zahari Md Isa; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang, Ir Jamil Shaari; Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya (JKR), Rozita Yahya; dan Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah.

Bagi Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pula, seramai 34 individu diperkenankan menerima anugerah membawa gelaran Datuk. Mereka termasuk bekas Pengurus Kawasan CIMB Pahang, Tengku Jamil Iklil Tengku Hussin; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Ajis Sitin; Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Deputi Komisioner Hashim Ali; Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Syed Anuar Syed Mohamad; dan Duta Besar Malaysia ke Hungary, Cheong Loon Lai.

Penerima DIMP lain adalah, pengacara televisyen, Mohamad Dahlan Md Maamor, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Zahimi Hassan; Pegawai Daerah Lipis, Mohd Hafizi Ibrahim; Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman, Khairur Rizal Ramli; Pengurus Besar Negeri Telekom Malaysia Berhad (TM), Zulfikri Hashim; Setiausaha Sulit Kepada Menteri Besar Pahang, Md Yusli Ibrahim Mohd Yunus; dan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd Khalid Ismail.

Selain itu, seramai lima individu menerima pingat Setia Ahmad Shah (SAP), 13 penerima Setia Mahkota Pahang (SMP), 10 penerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 29 penerima Ahli Mahkota Pahang (AMP), 22 penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 13 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 35 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X