Rabu, 3 April 2019 | 9:08pm
Beberapa pokok tumbang di Kampung Baru Pokok Sena selepas angin kencang melanda disekitar Pokok Sena. - Foto Zuliaty Zulkiffli
Beberapa pokok tumbang di Kampung Baru Pokok Sena selepas angin kencang melanda disekitar Pokok Sena. - Foto Zuliaty Zulkiffli

Hujan lebat, 22 rumah 'hilang' bumbung

Hujan lebat, 22 rumah ‘hilang’ bumbung

Oleh Zuliaty Zulkiffli

[email protected]

Gambar Zuliaty Zulkiffli

ALOR SETAR: Hujan lebat disertai angin kencang di kawasan Pokok Sena, di sini, mengakibatkan bumbung 22 kediaman dan dua sekolah diterbangkan angin dalam kejadian petang tadi.

Dalam kejadian jam 4 petang itu juga, beberapa batang pokok turut tumbang di sekitar Kampung Baru, di sini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Jamal Din, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.19 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita didapati terdapat empat pokok tumbang dengan satu daripadanya menghempap bahagian bumbung sebuah rumah.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan terhadap penghuni rumah berkenaan. Kita memotong pokok yang tumbang sebelum mengalihkannya,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Ng Chang Huat, 69, berkata angin kencang turut menyebabkan Pusat Kebajikan Penduduk Kampung Baru Pokok Sena rosak hingga mengakibatkan pintu utama pusat kebajikan itu tercabut.

“Kejadian berlaku ketika saya berada di luar dan sebaik dimaklumkan kes ribut itu, saya terus bergegas pulang dan mendapati pintu pusat kebajikan itu sudah tercabut, selain bumbung rosak,” katanya yang juga pengerusi pusat berkenaan.

Berita Harian X