Khamis, 4 April 2019 | 11:27am
BANGKAI seekor ikan lumba-lumba ditemui terdampar di tepi pantai dekat Kuala Tebengau, semalam. - Foto ihsan Jabatan Perikanan

Lumba-lumba pula mati terdampar

ALOR SETAR: Bangkai seekor ikan lumba-lumba ditemui terdampar di tepi pantai dekat Kuala Tebengau di sini, semalam, kira-kira tujuh kilometer (km) dari lokasi penemuan bangkai ikan paus di Kuala Sala sebelum ini.

Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tarmimi Ali Ahmad, berkata pemeriksaan mendapati ikan itu adalah daripada spesies empesut Irawadi Dolphins atau nama saintifiknya, Orcaella Brevirostris.

“Ia adalah ikan betina berukuran 2.5 meter panjang dengan anggaran berat 250 kilogram (kg).

“Ini kali pertama bangkai paus dan lumba-lumba ditemui terdampar serentak pada hari yang sama dengan jarak berhampiran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian berkenaan.

Semalam, media melaporkan bangkai paus dipercayai spesies Balaenoptera edeni Paus Baleen ditemui terdampar di tepi pantai Kuala Sala.

Berita Harian X