Khamis, 2 Mei 2019 | 4:25pm
PENGASAS dan Pengarah Urusan SifufBads Sdn Bhd, Jamaluddin Bahari.

SifufBads sasar 7,000 peserta seminar Julai ini

SHAH ALAM: SifufBads menyasarkan 7,000 peserta hadir pada program SifufBads Millionaire Conference Live yang akan diadakan di Kompleks IDCC, di sini, bermula 5 hingga 7 Julai ini.

Pengasas dan Pengarah Urusan SifufBads Sdn Bhd, Jamaluddin Bahari, berkata program bertujuan memperkasakan usahawan tempatan dengan teknik dunia pemasaran digital.

Katanya, selaku pakar motivasi terkenal dalam dunia perniagaan pemasaran digital, syarikat itu mahu lebih ramai usahawan baharu daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai perniagaan dalam talian.

Beliau berkata, ini kerana dunia tanpa sempadan kini bukan hanya membawa pelbagai maklumat tetapi harus dimanfaat sebagai platform dunia perniagaan dalam era digital ketika ini.

“Jika sebelum ini kita menyasarkan golongan pengasas syarikat, kini kita mahu menyebarluaskan ilmu perniagaan digital ini kepada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya yang lebih dikenali sebagai Sifu Jamal, dalam satu kenyataan, hari ini.

Pendaftaran SifufBads Millionaire Conference Live, bermula hari ini di laman web http://www.sifufbads.com/dmc2019, selain secara besar-besaran 10 Mei ini di semua platform media sosial rasmi SifufBads.

Antara kelainan program pemasaran digital SifufBads kali ini adalah menampilkan 10 penceramah atau panel terbaik yang berjaya di bawah payung program seminar sejak 2012.

Jamaluddin yang juga popular sebagai penganjur seminar, kelas dan konsultansi dalam pemasaran internet kini mempunyai 300,000 peserta yang mengikuti programnya.

“Antara agensi kerajaan yang menggunakan kepakaran pemasaran digital saya ialah Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan, MARA, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) dan Institut Latihan Keusahawanan Negara (INSKEN).

“Sementara itu, selebriti seperti Dianz, Mamadil, De’Xandra, Wildan, Neelofa dan Datuk Seri Vida adalah antara alumni yang berjaya bergelar jutawan,” katanya.

166 dibaca
Berita Harian X