Rabu, 15 Mei 2019 | 11:45am
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Penguna Pahang, Mohd Suffian Mohd Abass. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Penguna Pahang, Mohd Suffian Mohd Abass. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

853 premis di 35 bazar Ramadan diperiksa KPDNHEP

KUANTAN: Kira-kira 853 premis di 35 bazar Ramadan di daerah ini diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang sejak Isnin lalu bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan tanda harga.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Mohd Suffian Mohd Abass, berkata seramai 160 pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNHEP dengan kerjasama Majlis Daerah Kuantan (MPK) serta agensi berkaitan lain terbabit dalam operasi itu.

“Tumpuan pemeriksaan juga diberikan kepada aspek pematuhan peraturan lain seperti ditetapkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kenaikan harga tidak munasabah membabitkan barangan makanan atau barangan lain di bazar Ramadan.

“Kita menggunakan pendekatan berhemah ketika melakukan pemeriksaan dengan menasihatkan peniaga atau pemilik premis mematuhi semua peraturan ditetapkan.

“Selain melakukan pemantauan dan pemeriksaan di bazar Ramadan, pegawai dan anggota kita juga melakukan pemeriksaan di pasar raya serta premis perniagaan lain, termasuk stesen minyak jika menerima aduan pengguna,” katanya.

Mohd Suffian berkata, pemantauan berterusan akan dijalankan terutama kepada perniagaan pakaian dan kelengkapan Aidilfitri apabila memasuki minggu ketiga serta terakhir Ramadan.

Berita Harian X