Ahad, 23 Jun 2019 | 10:19am
Anggota APM dan penduduk bergotong royong memotong dahan pokok yang tumbang selepas kejadian ribut di Kampung Parit Panjang, semalam. - NSTP/Ihsan APM

20 pokok tumbang, 6 kampung terjejas akibat ribut

BALING: Ribut yang melanda enam kampung di daerah ini petang semalam menumbangkan lebih 20 pokok dan merosakkan tiga rumah.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd Faizol Ab Aziz, berkata dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, antara kampung terjejas termasuk Kampung Parit Panjang, Rambong Kupang, Sadik, Sungai Tembak A, Gua Reban dan Banggol Berangan.

“Hujan lebat sejak jam 5 petang, namun angin kencang sekitar jam 6 petang selama setengah jam menumbangkan banyak pokok.

“Dianggarkan lebih 20 pokok pelbagai saiz tumbang, mengakibatkan tiga rumah rosak dihempap pokok,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Penduduk bergotong royong memotong dahan pokok yang tumbang di Kampung Parit Panjang, semalam. - NSTP/Ihsan APM

Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera akibat kejadian itu walaupun ada pokok yang menghempap rumah selain tumbang di beberapa jalan.

“Seramai 10 anggota dikerah untuk membantu memotong pokok yang tumbang dan membersih kawasan terbabit dengan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Berita Harian X