Selasa, 2 Julai 2019 | 5:04pm

Kempen Shopee 7.7 tawar diskaun 'gila-gila'

KUALA LUMPUR: Platform e-dagang terkemuka di Malaysia, Shopee yang rancak menawarkan pelbagai diskaun kepada pelanggan setianya, kini muncul dengan kempen terbaharu iaitu Shopee 7.7 Orange Madness Sale.

Jualan murah Shopee ini berlangsung dari sekarang hingga 7 Julai ini, bukan saja menawarkan diskaun ‘gila-gila’ tetapi turut mengadakan permainan bagi menarik lebih ramai pelanggan di laman membeli belah ini.

Permainan “Shopee Quiz” akan berlangsung pada jam 12 tengahari setiap hari yang mana pelanggan berpeluang memenangi syiling Shopee sehingga dua juta apabila mereka berjaya menjawab lapan soalan dengan tepat.

Sesi “Shopee Live” diadakan untuk mempromosikan jenama yang berbeza setiap hari. Pada sesi ini, produk jenama tersebut akan diberi diskaun eksklusif untuk tempoh masa tertentu, dengan demonstrasi penggunaan produk secara langsung. Jadi pastikan anda melihat Shopee Live setiap hari untuk melihat apa tawaran yang baik yang anda tidak patut ketinggalan! Bukan itu sahaja, anda hanya perlu melihat sesi Shopee Live dan akan berpeluang menang hadiah juga!

Bagi menambah kepuasan kepada pelanggan juga, Shopee tampil menyediakan perkhidmatan Shopee24 Express Delivery (Shopee24) dengan jaminan setiap pembelian sebelum jam 2 petang, barangan akan di pos keesokan harinya kecuali hari Ahad dan cuti umum.

Lebih daripada 10,000 jenis barangan boleh dihantar menggunakan Shopee24 antaranya Nescafe, Dutch Lady, Drypers, Dove, Dettol, Khind, Philips dan bermacam lagi.

Bagi menambah lagi keseronokan pelanggan, Shopee juga mengadakan jualan murah besar-besaran RM0.77 Shocking Sale setiap hari dengan harga barangan bermula serendah 0.77 sen saja. Jangan terlepas peluang anda, layari Shocking Sale pada tujuh sesi ini, pada pukul 12 pagi, 9 pagi, 12 petang, 2 petang, 4 petang, 8 malam dan 10 malam. Menarik bukan?

Pelanggan juga berpeluang untuk membeli barangan daripada 40 jenis produk berjenama seperti Samsung Galaxy S10, Haier 50” Ultra HD Smart LED TV, DJI Tello Boost Combo drone, set Nintendo dan jam tangan Fitbit Versa Health & Fitness pada harga RM1 saja. Tetapi jika mereka tidak terpilih sebagai pembeli, Shopee memberi jaminan wang akan dikembalikan ke dalam kad kredit atau akaun Shopee mereka. Hebatnya Shopee “One or Not” ini!

Dengan berbelanja minimum RM27, penghantaran juga percuma, oleh itu jangan lepaskan peluang sepanjang tempoh kempen ini kerana kira-kira RM7 juta nilai baucer untuk direbut dan diskaun sehingga 90 peratus untuk semua kategori.

Pelanggan baharu pula, sebanyak RM7 diskaun diberi apabila berbelanja minimum RM30 tertakluk kepada barangan yang dibeli dengan baucar “BERITA7”. Untuk pelanggan sedia ada pula, diskaun sebanyak RM10 untuk pembelian RM100 ke atas, jangan lupa gunakan baucar “BERITA10” semasa pembayaran.

Jadi apa lagi yang ditunggu, cepatlah layari laman membeli-belah Shopee dan dapatkan barangan anda pada harga jauh lebih murah. #ShopeeMY77

Kalendar Shopee 7.7 Orange Madness Sale

7.7 Cashback Madness (Semua Kategori) 2 Julai

7.7 Brands Madness (Semua Kategori) 3 Julai

7.7 Shopee Live Madness (Semua Kategori) 4 Julai

7.7 Shopee Mart Madness (Shopee Mart) 5 Julai

7.7 Shocking Sale Madness (Semua Kategori) 6 Julai

7.7 Orange Madness (Semua Kategori) 7 Julai

Layari https://shopeemy.onelink.me/356033421/77BeritaHarian

Berita Harian X