Ahad, 11 Ogos 2019 | 10:14am
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya

Sultan Perak solat sunat Aidiladha bersama 1,500 jemaah

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Muda Musa Mahadi, di sini, pagi ini.

Ketibaan baginda pada jam 8.35 pagi disambut Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi.

Turut berkenan menunaikan solat di masjid berkenaan, Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Kecil Sulong, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah.

Solat sunat berkenaan diimamkan oleh Imam Utama, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan.

Sebaik selesai menunaikan solat sunat jam 9.15 pagi, Sultan Nazrin meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat ke Majlis Sambutan Aidiladha bersama kerabat diraja dan orang kenamaan di Istana Cempaka Sari, di sini.

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya

Berita Harian X