Sabtu, 31 Ogos 2019 | 1:27am
SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir pada Sambutan Ambang Merdeka di Perkarangan Pekan Rabu. NSTP/Sharul Hafiz Zam

10,000 pengunjung meriahkan Ambang Merdeka

ALOR SETAR: Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Dataran Pekan Rabu seawal jam 5 petang semalam bagi menyaksikan sambutan Ambang Merdeka 2019, di sini malam tadi.

Pelbagai program menarik antaranya persembahan tarian, deklamasi sajak dan sketsa menghiburkan hadirin yang terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum dan bangsa.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bersama isteri, Tok Puan Norzieta Zakaria turut hadir untuk meraikannya bersama penduduk setempat.

SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir pada Sambutan Ambang Merdeka di Perkarangan Pekan Rabu. NSTP/Sharul Hafiz Zam
SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir pada Sambutan Ambang Merdeka di Perkarangan Pekan Rabu. NSTP/Sharul Hafiz Zam

GELAGAT kanak-kanak yang hadir pada Sambutan Ambang Merdeka di Perkarangan Pekan Rabu. NSTP/Sharul Hafiz Zam

Bermula jam 11 malam, program semakin rancak disusuli dengan ucapan yang disampaikan oleh Mukhriz sebelum kumpulan beruniform menyerahkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Kedah untuk diserahkan kepada pegawai tentera dan polis untuk dikibarkan.

Semasa menghampiri jam 12 malam, kiraan ‘countdown’ dilakukan sebelum diteruskan dengan laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali oleh Mukhriz sebelum lagu Negaraku dan Tanggal 31 Ogos dinyanyikan beramai-ramai diikuti dengan pertunjukan bunga api.

Berita Harian X