Selasa, 3 September 2019 | 12:32pm

Catuan air di 3 kawasan di Johor

JOHOR BAHRU: Bekalan air di tiga kawasan di Johor iaitu Simpang Renggam, Layang-Layang dan Pontian Utara mula dicatu bermula semalam berikutan cuaca panas berpanjangan serta kekurangan hujan sejak dua minggu lalu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan hari ini berkata pembekalan air secara bekalan air berjadual (BAB) itu membabitkan 149,550 pengguna dari 29,910 akaun di kawasan berkenaan.

Selain Empangan Machap, tiga empangan lain di Johor turut berada di bawah paras kritikal iaitu Empangan Lebam, Empangan Upper Layang dan Empangan Pulai.

Cuaca panas dan kekurangan hujan memberi kesan langsung terhadap paras air di Empangan Machap menyebabkan pihak Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) terpaksa mengaktifkan kaedah BAB.

Menurut kenyataan itu, pengguna terbabit dijangka menerima kesan sepanjang tempoh gangguan iaitu dari semalam hingga 2 Oktober ini.

“Bagi memastikan bekalan air bersih dapat dioptimumkan pembekalannya dalam keadaan sumber yang terhad, Ranhill SAJ akan mengaturkan pembekalan

secara 36 jam dengan bekalan dan 36 jam seterusnya tanpa bekalan di sepanjang tempoh satu bulan berkenaan.

Bagaimanapun, SPAN memaklumkan, bekalan air di kawasan agihan terbabit masih terkawal melalui pengepaman air mentah dari Empangan Seluyut bagi

Empangan Lebam dan Empangan Upper Layang serta Empangan Pontian Kecil bagi Empangan Pulai 2.

“Pengguna yang terbabit dinasihatkan menggunakan air secara berhemah dan bersedia dengan menyimpan air secukupnya bagi menghadapi hari tanpa

bekalan yang dijadualkan.

“Bagi maklumat lanjut berkenaan lokasi khusus dan jadual pembekalan, pengguna boleh mendapatkan maklumat di laman sesawang Ranhill SAJ melalui pautan ranhillsaj.com.my atau melalui laman Facebook di Ranhillsaj Setitis Yang Bermakna,” tambahnya.

SPAN berkata, pihaknya akan terus memantau situasi paras air di empangan bekalan air utama di seluruh negara dan mengemukakan laporan dari semasa ke

semasa kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X