Isnin, 4 November 2019 | 2:34pm
NORAISYAH Mazlan (kiri) dan pensyarah pembimbingnya, Ainin Faizah Alias dari Kolej Komuniti Jerantut (KKJ) menunjukkan sambal hitam ayam yang siap untuk dipasarkan. - Foto Roselan Ab Malek

Inovasi sambal hitam Pahang

JERANTUT: Berbekalkan pengetahuan dimiliki dalam bidang kejuruteraan kimia dan bioproses dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Noraisyah Mazlan, 28, melakukan melakukan inovasi terhadap penyediaan sambal hitam yang cukup popular di negeri ini.

Noraisyah berkata, permintaan tinggi terhadap juadah pembuka selera itu mendorong banyak industri pembuatan sambal hitam oleh usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), terutama di daerah ini, selain Lipis dan Temerloh.

Menyedari potensi besar itu, beliau turut menceburi pembuatan sambal hitam berkenaan tamat pengajian di universiti kerana tidak mendapat pekerjaan.

“Salah satu bahan penting ialah ikan bilis bermutu tinggi. Namun, harga tidak menentu ketika di luar musim, malah sukar didapati, terutama di kawasan yang jauh dari laut. Selepas berbincang dengan pensyarah bimbingan, Ainin Faizah Alias di Kolej Komuniti Jerantut, saya membuat inovasi sambal hitam dengan menggunakan daging ayam.

“Penggunaan daging ayam dapat mengurangkan kos pemprosesan berbanding pengunaan ikan bilis yang harganya bergantung kepada musim. Tekstur ayam yang lembut sesuai untuk penggemar makanan yang sukakan sambal yang lembut dan senang dikunyah,” katanya.

Beliau yang tinggal di Kampung Mat Kilau 2, di sini, berkata penggemar sambal tradisi itu dapat memilih pembuka selera yang bersesuaian dengan selera masing-masing.

“Melalui inovasi makanan ini, saya gantikan ikan bilis dengan daging ayam. Sambal hitam ayam sangat sesuai bagi penggemar makanan yang tidak menyukai ikan bilis atau alergik terhadap ikan bilis,” katanya yang menjadi

pelajar cemerlang pada Konvokesyen Kolej Komuniti Jerantut 2018.

Kataya, media sosial menjadi platform utama pemasaran produk sambal hitam, selain menempatkan bekalan stok di beberapa kedai makan di daerah ini.

“Pembuatan sambal hitam saya menggunakan mesin moden, selain menggunakan bekas kedap udara bagi memastikan jangka hayatnya sehingga sehingga setahun tempoh penyimpanan,” katanya.

Berita Harian X