Jumaat, 8 November 2019 | 10:33pm
Farahanim Razak mengambil bahagian dalam Shopee Mystery Box pada pelancaran Shopee 11.11 Big Sale.

Sanggup masukkan tangan dalam kotak penuh serangga…

KUALA LUMPUR: Bayangkan anda perlu mengambil sesuatu dari sebuah kotak tanpa mengetahui isinya, membuat teh tarik sambil mencangkung atau menghirup sup tomato yang ditambah dengan sos tabasco.

Sanggupkah anda lakukan semua itu demi wang? Apatah lagi, untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik?

Selebriti seperti Elyana, Farahanim Razak, Rita Dato' Sosilawati, Lia Natalia, As’ad Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Diana Danielle, Sarah Hildebrand, Fahrin Ahmad, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Sophia Liana serta bintang gimnastik, Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Amy Kwan sanggup menyahut cabaran untuk meraih dana bagi Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge.

#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge ialah kempen kebajikan pertama Shopee yang berusaha sedaya upaya untuk meraih dana yang akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan.

Dana akan turut digunakan untuk penyelidikan dan perkhidmatan sokongan oleh MAKNA.

Saksikan selebriti-selebriti ini menjerit dan menggelabah dalam pertunjukan amal yang akan disiarkan secara langsung di Shopee Live pada jam 9 malam, Isnin depan yang boleh ditonton melalui telefon pintar anda.

Sokong bintang pujaan anda serta berikan kata-kata galakan untuk menguatkan semangat mereka melalui ruangan komen.

Anda juga boleh memainkan peranan anda untuk menyokong perjuangan menentang kanser dengan menghulurkan sumbangan.

Berita Harian X