X
Khamis, 2 Januari 2020 | 12:31pm

Kelantan beri bonus tambahan penjawat awam, lantikan politik

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hari ini mengumumkan penjawat awam serta kakitangan lantikan politik di Kelantan akan menerima bonus tambahan daripada kerajaan negeri.

Katanya, penjawat awam akan menerima bonus tambahan RM500, manakala kakitangan lantikan politik pula akan menerima RM250.

“Bonus berkenaan akan diberikan mulai minggu hadapan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu kepada penjawat awam Kelantan di Kota Darulnaim, di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

Pada 16 Oktober lalu, Ahmad selepas selesai membuat penggulungan Belanjawan 2020 negeri itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), mengumumkan kerajaan negeri bersetuju memberi insentif sebanyak RM500 kepada penjawat awam di Kelantan.

Ahmad mengadakan sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baru kepada penjawat awam Kelantan di Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini. - NSTP/Zaman Huri Isa
Ahmad mengadakan sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baru kepada penjawat awam Kelantan di Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini. - NSTP/Zaman Huri Isa

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X