Khamis, 16 Januari 2020 | 6:55pm
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Shamsudin. - NSTP/Zain Ahmed
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Shamsudin. - NSTP/Zain Ahmed

Solat hajat wabak influenza seluruh Johor esok

JOHOR BAHRU: Sebanyak 807 masjid dan 1,928 surau di seluruh negeri ini diarah mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok bagi memohon pertolongan Allah SWT untuk membendung penularan wabak influenza.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Shamsudin, berkata surat arahan sudah diedarkan ke semua masjid dan surau sejak Selasa lalu.

“Solat hajat diadakan bagi memohon kepada Allah supaya penularan jangkitan influenza di negeri ini dan seluruh negara dapat dibendung.

“Solat hajat itu juga bagi memohon Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, keselamatan, keafiatan dan dilindungi dari wabak penyakit termasuk influenza kepada seluruh rakyat Johor,” katanya ketika dihubungi.

Ahad lalu, media melaporkan kira-kira 89 murid di negeri ini disyaki dijangkiti influenza membabitkan tujuh daerah dari prasekolah sehingga pelajar Tingkatan Empat.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X