Ahad, 26 Januari 2020 | 4:15pm
Anwar pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di sekitar pantai di Teluk Kemang semalam. - NSTP/Mohd Khidir Zakaria
Anwar pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di sekitar pantai di Teluk Kemang semalam. - NSTP/Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson terlalu sesak

PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) perlu menangani kesesakan lalu lintas, terutama pada musim cuti perayaan.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pengunjung juga merungut kerana peniaga mendirikan khemah hingga mengganggu kelancaran perjalanan kenderaan.

"Saya sudah berbincang dengan Yang Dipertua MPPD (Mohd Zamri Mohd Esa) dan Pegawai Daerah (Khairy Maamor) bagi mengatasi masalah kesesakan ini dan dalam masa yang sama saya mahu diperbaiki mutu gerai-gerai supaya bersih. Namun, kawasan memang ada masalah sesak dan terbatas.

"Tentang kebersihan, saya berpuas hati kerana MPPD dan Jabatan Kesihatan sudah mengambil tindakan dan langkah-langkah sewajarnya bagi memperbaikinya agar lebih baik dari dahulu,” katanya ketika mengadakan tinjauan di sekitar pantai di Teluk Kemang semalam.

Katanya, ada rungutan pengunjung yang rasa tidak selesa dengan keadaan pantai yang dipenuhi khemah yang dipasang peniaga.

Anwar mengadakan tinjauan di sekitar pantai di Teluk Kemang semalam. - NSTP/Mohd Khidir Zakaria
Anwar mengadakan tinjauan di sekitar pantai di Teluk Kemang semalam. - NSTP/Mohd Khidir Zakaria

"Saya sudah dimaklumkan YDP MPPD tentang keadaan khemah yang banyak di pesisiran pantai. Keadaan ini dah lama dan kita beri peluang kepada peniaga.

"MPPD akan mengambil alih khemah itu bagi memperbaikinya dan bertujuan menyeragamkan tapi bukan dalam masa terdekat kerana perbelanjaan suku tahun pertama sudah habis," katanya.

Turut hadir Khairy dan Mohd Zamri dan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X