Rabu, 26 Februari 2020 | 7:15pm
Keadaan kenderaan yang dipandu mangsa yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di KM63.5 Jalan Kota Bharu- Gua Musang, di sini, tengah hari tadi.- Foto ihsan Pembaca
Keadaan kenderaan yang dipandu mangsa yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di KM63.5 Jalan Kota Bharu- Gua Musang, di sini, tengah hari tadi.- Foto ihsan Pembaca

Dua maut tercampak

KUALA KRAI: Dua sahabat maut selepas tercampak dari kenderaan yang mereka naiki dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Batu Jong KM 63.5 Jalan Kota Bharu- Gua Musang, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang kereta jenis Honda Civic iaitu Muhamad Habib Mohamad Zain, 25, dan Muhamad Syafiq Fitri Hamadi, 20, berikutan kecederaan parah yang dialami di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad, berkata siasatan awal mendapati, kereta yang dinaiki suspek secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori yang dipandu lelaki berusia 29 tahun dari arah Pasir Puteh menuju ke Cameron Highlands

“Akibat pertembungan itu, pemandu dan penumpang kereta jenis Honda Civic meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang lori mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan selain sampel darah kedua-dua pemandu lori dan kereta turut diambil.

“Ujian air kencing yang dilakukan ke atas pemandu lori di dapati negatif,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu akan dijalankan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X