Khamis, 26 March 2020 | 9:21pm
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong. - Foto NSTP/Avila Geraldine
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong. - Foto NSTP/Avila Geraldine

Sabah agih bantuan khas RM500

KOTA KINABALU: Bantuan khas one-off RM500 kepada golongan miskin dan miskin tegar di Sabah diagihkan mulai hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong, berkata pembayaran dibuat terus ke akaun bank penerima oleh semua pejabat daerah di seluruh Sabah.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dilakukan secara tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pembayaran bantuan tunai one-off sebanyak RM300 juga akan turut diberikan kepada golongan berpendapatan rendah B40 atau golongan yang terjejas teruk seperti pemandu teksi, petani, pekebun, nelayan, penternak, malim gunung serta pemandu pelancong bebas ke akaun bank masing-masing bermula hari ini.

“Bagi golongan tidak berkeupayaan seperti warga tua, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) yang membabitkan seramai 62,638 orang dan ibu tunggal seramai 6,500 orang di seluruh Negeri Sabah dijangka akan menerima bantuan RM300 juga melalui akaun bank masing-masing bermula esok,” katanya.

Safar turut berkata bantuan tunai RM500 juga akan turut diberikan kepada pesakit COVID-19 atau ahli keluarga.

“Pembayaran akan dibuat ke akaun bank pesakit atau ahli keluarga yang diperoleh daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga mengagihkan makanan kepada golongan terjejas secara langsung disebabkan pandemik COVID-19 bermula sejak petang semalam.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X