Selasa, 7 April 2020 | 3:47pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Mahasiswa anak Johor terkandas dibantu

JOHOR BAHRU: Seramai 3,000 anak Johor yang terkandas di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dibantu dengan pemberian wang tunai.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang, berkata inisiatif itu akan menyalurkan pemberian RM200 kepada setiap mahasiswa anak Johor di semenanjung dan RM300 bagi yang berada di Sabah dan Sarawak.

Katanya, bantuan melalui Pejabat Menteri Besar dibawah inisiatif Ihsan Johor memberi penuntut IPTA yang terkandas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mereka akan diberikan bantuan tunai one-tunai menerusi akaun Persatuan Mahasiswa Anak Johor atau Pejabat Hal Ehwal Pelajar IPT.

“Bantuan ini diberikan bagi mengurangkan bebanan anak negeri ini yang terkandas (tidak dapat pulang ke rumah) di IPT masing-masing. Yang mana mereka terpaksa berjauhan dengan keluarga disebabkan PKP,”katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, syarat permohonan inisiatif ini adalah mahasiswa yang terkandas adalah lahir di negeri Johor, Mahasiswa bukan anak Johor tetapi telah menetap di negeri ini (akan dirujuk melalui alamat di nombor kad pengenalan.

“Mahasiswa ini adalah mereka yang terkandas berada secara aktif di Universiti sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

“Permohonan boleh dibuat melalui online di http://b.link/bantuanmahasiswajohorcovid19 sebelum atau pada 9 April ini,” katanya

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Hamdi melalui talian 012-7240060 atau Sollehin 017-7659610 atau melalui laman web [email protected].

Berita Harian X