Selasa, 7 April 2020 | 10:28pm
BUMBUNG beberapa blok bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling mengalami kerosakan teruk selepas dilanda ribut dan hujan lebat. - Foto ihsan pembaca

Bumbung MRSM Baling melayang dibadai ribut

BALING: Cuaca ribut dan hujan lebat melanda daerah ini petang tadi, menyebabkan bahagian bumbung beberapa blok bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling mengalami kerosakan teruk.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang tadi, angin kencang membadai kawasan MRSM Baling selama 30 minit.

Katanya, angin kencang turut membadai kawasan kampung menyebabkan pokok tumbang di Kampung Rambong Pulai.

“Beberapa bangunan MRSM Baling mengalami kerosakan selepas angin kencang mengakibatkan bahagian bumbungnya tercabut dan diterbangkan.

“Bagaimanapun, tiada pelajar berada di kawasan MRSM selepas semua mereka balik ke rumah masing-masing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada BH di sini, malam ini.

Mohd Faizol berkata, kerja menebang dan membersih pokok tumbang sudah dilakukan serta laluan sudah kembali dibuka kepada orang ramai.

Berita Harian X