X
Khamis, 10 Ogos 2017 | 12:48pm
KETUA Pegawai Operasi NAZA Premeira Sdn Bhd, Farouk Faisal (lima dari kiri), Ketua Pegawai Operasi Kumpulan NAZA World, David Ting (empat dari kiri) dan Pengarah Kewangan Kumpulan NAZA World, Usman Ali (dua dari kiri) bersama artis, Amy Search (tiga dari kiri) ketika melancarkan motosikal Vespa 125S di NAZA Automall Petaling Jaya. - Foto Eizairi Shamsudin

Naza Premira perkenal model baharu

PETALING JAYA: Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi skuter Piaggio di Malaysia, memperkenalkan model baharu Piaggio Medley S 150 ABS di Malaysia sempena Pameran Auto Merdeka Naza 2017.

Piaggio Medley S 150 ABS dijual pada harga asas RM17,000 tanpa cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza World Group of Companies, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, berkata pengalaman berkualiti pelanggan menjadi objektif utama Pameran Auto Merdeka NAZA dan pelancaran skuter Medley baharu adalah lanjutan usaha syarikat menawarkan produk berkualiti tinggi kepada rakyat negara ini.

"Kami berbangga melancarkan Medley S ke pasaran tempatan. Medley baharu direka bentuk untuk penunggang yang memerlukan skuter moden untuk bergerak," katanya.

Model baharu Piaggio itu dilancarkan di pusat pameran Naza Automall, di sini, hari ini.

Sempena Pameran Auto Merdeka NAZA, sejumlah 33 unit pertama akan menerima pelbagai tawaran termasuk kotak letak barang belakang, alas rehat, pelapik lantai dan servis percuma dua tahun, selain jaminan pengeluar standard dua tahun.

Pada majlis sama, Naza Premira yang juga pengedar rasmi Vespa di Malaysia, turut menampilkan model popular Vespa S125 yang didatangkan dengan enjin I-GET.

Model baharu Vespa S125 I-GET dijual pada harga asas tanpa GST RM11,600. Ia didatangkan dengan empat skim warna iaitu Grigio Titanio, Green Matt, Taormina dan Red Matt.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X