Khamis, 18 Januari 2018 | 2:23pm
MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberikan taklimat industri automotif 2017 dan unjuran 2018 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Sasar penembusan EEV 60 peratus

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan kadar penembusan kenderaan cekap tenaga (EEV) mencapai 60 peratus tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sasaran lebih tinggi selaras dengan kejayaan Dasar Automotif Negara (NAP) yang berjaya menggalakkan pengeluaran EEV untuk pasaran tempatan.

"Tahun lalu, kita sasar 50 peratus tetapi kita berjaya mencapai kadar penembusan 52 peratus.

"Ia jelas membuktikan NAP berjaya memacu pertumbuhan EEV di Malaysia. Ketika ini 19 pengeluar peralatan asal (OEM) menawarkan EEV kepada pasaran Malaysia," katanya selepas taklimat industri automotif 2017 dan unjuran 2018 di sini, hari ini.

Tahun lalu, kadar penembusan EEV mencapai 52 peratus, meningkat dari 42.8 peratus tahun sebelumnya.

Berita Harian X