Sabtu, 3 March 2018 | 11:07am

Kualiti tinggi, harga mampu milik

BILA disebut jenama REV'IT!, semestinya ramai dalam kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi mengenali jenama premium dari Belanda itu.

Bukan sahaja ia menawarkan aksesori seperti jaket dan sarung tangan yang berkualiti tinggi, malah, harganya turut menjadi tumpuan kerana ia dikatakan lebih murah berbanding jenama premium lain.

Seperti jenama premium terkemuka lain, ia juga diposisikan untuk memenuhi keperluan penunggang urban, sport, tour dan juga adventure.

Tidak mudah rosak

Menariknya mengenai jaket kulit REV'IT! ialah, ia dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi serta dilengkapi pad keselamatan yang terdapat di bahagian-bahagian penting penunggang untuk memastikan keselesaan dan menjamin keselamatan.

Malah, kemasan jahitan benang jaket jenama itu juga dipuji apabila ia dikatakan sukar tertanggal seperti yang selalu terjadi pada jaket kulit lain sekiranya dipakai pada tempoh yang lama.

Selain jaket, sarung tangan REV'IT! juga terkenal dengan kualitinya serta harga yang lebih murah berbanding jenama premium lain.

Istimewanya, sarung tangan jenama ini dikatakan mampu bertahan lama, sekurang-kurangnya dua tahun, malah tidak mudah rosak apabila terkena air.

Penggunaan bahan premium yang menjadikan sarung tangan itu lembut turut memastikan tangan tidak cepat lenguh, sekali gus menjamin keselesaan khususnya ketika sedang menunggang pada jarak jauh.

Jaket dan sarung tangan REV'IT boleh didapati di LSH Racing World dan ia menawarkan pelbagai pilihan pada harga berbeza.

INFO

  • REV'IT - Jenama premium dari Belanda
  • Harga Jaket REV'IT - RM700 hingga RM5,000
  • Harga sarung tangan REV'IT - RM400 hingga RM1,000
  • LSH Racing World terletak di Solaris Mont Kiara, Jalan Solaris, Kuala Lumpur
11 dibaca
Berita Harian X