Selasa, 20 March 2018 | 10:12pm
PENGARAH Pemasaran AA Life Auto Sdn Bhd, Mohd Hazri Hassan pada sesi temuramah di Pejabat AA Life Auto Sdn Bhd, Wangsa Maju. - Foto Aswadi Alias
PENGARAH Pemasaran AA Life Auto Sdn Bhd, Mohd Hazri Hassan pada sesi temuramah di Pejabat AA Life Auto Sdn Bhd, Wangsa Maju. - Foto Aswadi Alias

ARA Assist perkenal 365Assist

ARA Assist, anak syarikat AA Life Auto Sdn Bhd memperkenalkan 365Assist, penyelesaian komprehensif bagi perkhidmatan sokongan automotif yang profesional, berpengalaman dan boleh dipercayai.

Pakej perkhidmatan sokongan lengkap yang ditawarkan pada harga keahlian RM399 itu memberi pelbagai manfaat kepada ahli hasil kerjasama ARA Assist dengan Persatuan Agensi Pemasaran Automotif Malaysia (MAWMAA) dan Pertubuhan Trak Tunda, Pengangkut Kereta 1 Malaysia (1MTTCC) dan Bateriku.com.

Perkhidmatan sokongan 24 jam di seluruh Malaysia itu menawarkan banyak ganjaran percuma termasuk tunda kenderaan, baik pulih kerosakan kecil, penghantaran dan pemeriksaan bateri dan takaful kemalangan diri dengan perlindungan sehingga RM30,000.

Pengarah Pemasarannya, Mohd Hazri Hassan, berkata dengan yuran keahlian serendah RM399, ahli 365Assist akan ditawarkan perkhidmatan kenderaan di bengkel panel, kadar istimewa bagi pembaharuan takaful atau insurans kenderaan dan bantuan menguruskan penginapan sewaktu kenderaan dibaiki.

"Misi kami adalah untuk menawarkan perkhidmatan yang telus, cepat dan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

"Menerusi kerjasama dengan MAWMAA, 1MTTCC dan Bateriku.com, kami dapat memperluaskan penawaran, kualiti dan kemudahan pelanggan kerana jaringan yang dimiliki syarikat yang bekerjasama dengan kami cukup meluas.

"Bagi 365Assist, kami menyasarkan keahlian sehingga 50,000 orang menjelang akhir tahun ini," katanya.

Perkhidmatan telus, berpengalaman

Presiden 1MTTCC, Md Yusof Yahya, berkata dengan jaringan 380 ahli di seluruh negara, ia dapat membantu memperkemaskan 365Assist menjadi perkhidmatan yang telus dan terbaik.

"Kami mahu menghakis stigma mengenai trak tunda. Ramai mengatakan mereka tidak telus dalam menawarkan perkhidmatan.

"Kami akan menawarkan harga yang standard supaya tiada lagi unsur penipuan atau manipulasi ke atas pelanggan. Hasrat kami adalah untuk menjadikan ahli kami berdisiplin," katanya.

Sementara itu, Presiden MAWMAA, Khamarulzaman Murad, berkata menerusi koloborasi itu, persatuan berkenaan akan menyelesaikan sebarang masalah berbangkit atau penipuan yang berlaku ke atas pelanggan apabila berurusan dengan bengkel.

"ARA Assist, MAWMAA, 1MTTCC dan Bateriku.com akan mengadakan siri jelajah untuk mengembangkan penawaran penyelesaian ini di seluruh Malaysia tidak lama lagi. Kami juga akan menyertai sebarang aktiviti berkaitan permotoran untuk memberi pendedahan kepada pelanggan tentang 365Assist," katanya.

Info:

365Assist

  • Yuran keahlian RM399
  • www.araassist.com.my
  • Berita Harian X