Khamis, 26 April 2018 | 2:40pm
ERIK Winter ketika memperkenalkan Model kereta Volkswagen Golf R-LIne di Malaysia Autoshow 2018 serta MDOTS di MAEPS Serdang. - Foto Syarafiq Abd Samad

MODEL kereta Volkswagen Golf R-LIne di Malaysia Autoshow 2018 serta MDOTS di MAEPS Serdang.- Foto Syarafiq Abd Samad

VPCM perkenal Golf R-Line

SERDANG: Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Golf R-Line baharu, sekali gus melengkapkan rangkaian keluarga model berkenaan di pasaran Malaysia.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, berkata Golf R-Line yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM167,737 itu menjadi varian pertama seumpamanya diperkenalkan di negara ini.

"Sejak melancarkan model keluarga Golf, kami menerima maklum balas positif terhadap pelbagai variannya. Dengan pelancaran Golf R-Line, ia menyaksikan varian keluarga Golf sudah sempurna," katanya ketika majlis pelancaran varian itu sempena Malaysia Autoshow 2018 di sini, hari ini.

Golf R-Line yang sesuai untuk pemanduan bandar, memiliki reka bentuk cukup dikenali yang hadir bersama pakej talaan R-Line merangkumi bampar depan dan belakang, spoiler, lencana R-Line pada gril radiator dan panel sisi serta rim aloi 'Singapore' 17 inci.

Menggunakan enjin 1.4TSI pengecas turbo yang dipadankan dengan kotak gear DSG 7-kelajuan, ia mampu menghambur kuasa 150 PS dan tork 250Nm pada 1,500 hingga 3,500 rpm.

Dari segi keselamatan, Golf R-Line dilengkapi dengan tujuh beg udara serta rangkaian teknologi termaju seperti Maneuver Braking yang membrek kereta secara automatik apabila ia mengesan objek pada kelajuan 10 kilometer sejam (km/j).

Selain itu, varian berkenaan turut didatangkan dengan Sistem Brek Automatik Pasca Pelanggaran yang berfungsi menekan brek secara automatik untuk menghalang impak lebih besar apabila kenderaan terbabit dengan kemalangan.

Dari aspek ketersambungan, Golf R-Line tampil dengan paparan maklumat aktif bersaiz 12.3 inci dan skrin komposisi media lapan inci yang dilengkapi dengan App-Connect merangkumi MirrorLink, Android Auto dan Apple Carplay.

Golf R-Line ditawarkan dengan enam warna pilihan iaitu kuning, biru, putih, hitam, perak dan kelabu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X