Khamis, 14 Februari 2019 | 4:36pm

Naza Premira peruntukan RM1 juta untuk gudang alat ganti Vespa

KUALA LUMPUR: Naza Premira Sdn Bhd, pengedar utama skuter jenama Vespa di negara ini memperuntukan sebanyak RM1 juta untuk penyediaan gudang alat ganti jenama itu untuk pasaran tempatan.

Ketua Bahagian Dua Roda, Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings, Nazman Yusof berkata, stor yang terletak di Shah Alam itu adalah sebagai hub bekalan alat ganti dan komponen Vespa untuk keperluan rangkaian pengedar di negara ini.

“Oleh kerana prestasi jualan semakin meningkat, kami perlu mengukuhkan khidmat selepas jualan jenama Vespa bagi perkhidmatan servis dan penyelenggaraan premium kepada pemilik,” katanya pada majlis pelancaran model edisi terhad Vespa Notte Edition, di sini, hari ini.

Edisi terhad Vespa Notte Edition dengan dua varian ditawarkan iaitu Vespa Notte GTS Super 300 ABS dan Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS.

Ia dijual pada harga bermula RM29,000 dan RM17,700 untuk Vespa Notte GTS Super 300 ABS dan Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS dengan jaminan dua tahun pengeluar atau 20,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

Tahun lalu Vespa mencatatkan peningkatan jualan sebanyak sembilan peratus berbanding 2017 dengan jualan sebanyak 1,300 unit.

Untuk 2019 pihaknya menyasarkan pertumbuhan sebanyak 12 peratus untuk mencapai jualan 1,400 unit dengan rancangan untuk memperkenalkan lapan lagi model baru Vespa.

Nazman berkata, antara faktor jualan lebih positif tahun lalu berjaya dicatakan adalah melalui pelancaran tujuh model baharu serta pelbagai aktiviti bersama pemilik dianjurkan bagi pemasaran jenama lebih baik.

“Kami bukan memfokus kepada kuantiti sahaja, tetapi lebih menumpukan aspek kualiti produk yang ditawarkan termasuk mempersiapkan lebih banyak pusat jualan, servis dan alat ganti (3S),” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini terdapat empat rangkaian pengedar di setiap wilayah di negara ini dan bakal menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak sembilan menjelang akhir tahun yang memenuhi standard identiti korporat global (CI) jenama Vespa.

Edisi terhad Vespa Notte Edition dengan dua varian ditawarkan iaitu Vespa Notte GTS Super 300 ABS dan Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS. - NSTP/Hafiz Sohaimi
Edisi terhad Vespa Notte Edition dengan dua varian ditawarkan iaitu Vespa Notte GTS Super 300 ABS dan Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS. - NSTP/Hafiz Sohaimi
Berita Harian X