Jumaat, 2 Ogos 2019 | 6:31pm
Pengarah Bahagian Pemasaran UMW Toyota Motor, Mohd Shamsor Mohd Zain (lima dari kiri) dan Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama (tujuh dari kanan) bersama pemenang pada Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan 'As Never Before Bonanza' di UMW Toyota, Shah Alam. - NSTP/Faiz Anuar

Vios baharu dapat sambutan memberangsangkan

SHAH ALAM: UMW Toyota Motor Sdn Bhd sudah menyerahkan kira-kira 15,000 unit model Toyota Vios serba baharu setakat akhir bulan lalu.

Pengarah Pemasarannya, Shamsor Mohd Zain, berkata penerimaan memberangsangkan bagi model generasi ketiga yang diperkenalkan pada akhir Januari lalu dipacu pengenalan kempen ‘As Never Before Bonanza’, acara Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) dan Kejuaraan Toyota Velocity E-Sport.

“Dengan slogan ‘All About The Drive’, kami berjaya meraih sokongan pelanggan generasi muda dan menerima maklum balas yang positif daripada mereka,” katanya pada majlis penyampaian hadiah kempen ‘As Never Before Bonanza’ di sini, hari ini.

Sementara itu, empat pelanggan bertuah berjaya membawa pulang model baharu Toyota Vios 1.5G menerusi Kempen 'As Never Before Bonanza' bermula Januari hingga April lalu.

Hasmynor Ahmad, Lee Yian Ling, C Pugalendran dan Siti Aishah Mohd Said masing-masing membeli kenderaan jenama Toyota di pengedar Toyata di Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan dalam tempoh itu membolehkan mereka dipilih sebagai pemenang.

Kempen yang disertai kira-kira 20,000 pelanggan yang membeli kenderaan jenama terbabit di seluruh negara itu juga bersempena pelancaran Toyota Vios baharu pada akhir Januari lalu.

Mengulas lanjut, Mohd Shamsor berkata, sepanjang tempoh kempen, UMW Toyota menggalakkan pelanggan memandu uji model terkini Toyota di cawangan Toyota di seluruh negara.

"Kempen ini adalah cara kami menghargai pelanggan Toyota kerana kesetiaan, kepercayaan dan sokongan terhadap produk dan perkhidmatan kami.

"Hadiah yang akan disampaikan kepada pemenang adalah bukti komitmen kami sepanjang hayat dalam usaha memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan kami.

"Terima kasih kerana memilih kami dan menjadi sebahagian daripada keluarga Toyota. Kami sangat berterima kasih atas sokongan berterusan anda kerana kami tidak akan berada di sini tanpa pelanggan yang setia seperti anda," katanya.

Berita Harian X